Sebuah permainan online percuma, Dunia Ceria ini selamat dan menyeronokkan buat anak-anak anda.

Di dunia maya yang menakjubkan ini, kanak-kanak bebas menjalani kehidupan penuh keceriaan dan pengembaraan melalui pegangan mana-mana 4 kelas watak yang dipilih.

Dunia Ceria menekankan pengembaraan, penerokaan dan persahabatan di mana kanak-kanak digalakkan untuk saling berinteraksi dan bekerjasama. Selain dari aspek moral, Dunia Ceria juga memupuk semangat ingin tahu, kegigihan dan nilai murni yang lain demi mencapai matlamat.

Kanak-kanak amat ekspresif dan di Dunia Ceria, tiada had batasan kreativiti dalam melakonkan peranan dan berimaginasi melalui penggayaan watak dan rumah mereka.

Kanak-kanak amat ekspresif dan di Dunia Ceria, tiada had batasan kreativiti dalam melakonkan peranan dan berimaginasi melalui penggayaan watak dan rumah mereka.

Siapakah yang bertanggungjawab ke atas Dunia Ceria?
Dunia Ceria ialah sebuah dunia maya yang diilhamkan oleh Astro Ceria, sebuah saluran khas untuk kanak-kanak di bawah naungan Astro, kumpulan hiburan media konsumer integrasi yang terunggul di Malaysia dan Asia Tenggara.
Adakah Dunia Ceria sesuai untuk anak saya?
Dunia Ceria direka khas untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun. Segala selok-belok dalam Dunia Ceria direka supaya bebas daripada unsur-unsur keganasan, kekasaran dan penghinaan, di samping menerapkan nilai-nilai murni ketimuran yang umum serta khas kepada masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, seperti semangat muhibbah, gotong-royong, kerajinan, kesabaran dan berdaya usaha demi mencapai matlamat hidup.
Bolehkah saya mengawal cara anak saya menggunakan Dunia Ceria?
Ya. Anda boleh berbuat demikian di Laman Ibu bapa yang boleh diakses melalui bar navigasi pada Laman Utama.
Adakah anak saya akan melihat iklan-iklan dalam Dunia Ceria?
Ya dan tidak. Dari semasa ke semasa, kami akan menerima tajaan daripada jenama-jenama yang ingin wujud dalam Dunia Ceria. Namun demikian, cara jenama-jenama ini akan dipaparkan dalam Dunia Ceria tidaklah seperti cara pengiklanan tradisional yang biasa kita lihat dalam televisyen mahupun akhbar. Sebaliknya, pihak Astro akan mereka bentuk kehadiran jenama-jenama tersebut supaya selaras dengan reka bentuk Dunia Ceria dan tidak menjadi gangguan yang terlampau kepada anak-anak anda.Tambahan pula, pihak Astro tidak akan membenarkan para pengiklan memujuk rayu anak-anak anda untuk membeli ataupun melanggan mana-mana produk atau perkhidmatan yang mereka tawarkan terus-menerus dari laman Dunia Ceria.

Kanak-kanak memang peramah, sentiasa ingin berhubung, berkongsi dan berinteraksi dengan rakan sebaya. Sekarang pula, semuanya boleh online saja. Seperti ibu bapa / penjaga lain, kami juga prihatin bila anak-anak menggunakan internet.

Sebab itu, kami telah mengambil beberapa langkah penting untuk memastikan Dunia Ceria selamat untuk diterokai oleh anak-anak anda. Antaranya termasuk:

Pengumpulan butiran pendaftaran yang minimum

Pemilihan tetapan perbualan

Pengendalian akaun anak oleh anda sepenuhnya

Dunia Ceria direka khas untuk kanak-kanak berusia 4-12 tahun. Tapi kalau ibu bapa nak bermain bersama boleh saja!

Semangat kekitaan penting bagi kanak-kanak, jadi kami wujudkan suatu persekitaran online yang selamat dan seronok untuk kanak-kanak bersuka ria bersama di Dunia Ceria.

Kanak-kanak dan kreativiti tidak dapat dipisahkan, jadi kami menyediakan pelbagai cara untuk mereka menggunakan imaginasi mereka dalam mengekspresikan diri melalui fesyen, hiasan rumah dan memainkan sesuatu watak.

Kanak-kanak gemar mencuba dan meneroka benda baru, jadi kami telah menyembunyikan banyak rahsia di sekitar Dunia Ceria untuk mereka cari di samping berpeluang menyertai penjelajahan baru.

Bagi menjaga keselamatan anak anda, Dunia Ceria memastikan pengumpulan butiran peribadi paling minimum ketika mendaftar.

Dunia Ceria tidak memerlukan dan tidak menggalakkan penggunaan nama sebenar kanak-kanak.

Emel hanya akan dihantar ke akaun emel ibu bapa / penjaga yang diberikan semasa pendaftaran dengan kebenaran anda/anak anda. Tetapan ini boleh ditukar pada bila-bila masa.

Dunia maya online untuk kanak-kanak ini dilengkapi fungsi perbualan (chat) sebagai alat komunikasi dalam permainan di mana ibu bapa / penjaga bolehlah memilih untuk mengaktifkan tetapan perbualan yang diyakini:
Perbualan Terkunci
Tetapan ini membolehkan anak anda berkomunikasi dengan kanak-kanak lain menggunakan frasa-frasa yang ada di dalam senarai teguran, soalan, jawapan, komen dan kenyataan lazim yang tersedia.
Perbualan terkawal
Taip mesej perbualan sendiri dengan sistem penapisan perkataan terkini. Penggunaan bahasa kasar dan hasutan boleh menyebabkan akaun digantung atau akaun dihalang.
Tetapan perbualan boleh dipilih sewaktu pendaftaran dan boleh ditukar pada bila-bila masa sahaja oleh para ibu bapa / penjaga.

Uruskan tetapan akaun Dunia Ceria anak anda di sini.

Sila taipkan alamat emel anda di bawah dan kami akan menghantarkan satu pautan akses ke emel anda untuk memulakan sesi kawalan ibu bapa / penjaga anda.