Bayangkan sebuah dunia hanya untuk kanak-kanak, di mana imaginasi tiada batasannya! Itulah Dunia Ceria, sebuah kelab rahsia yang bakal menceriakan hari adik-adik.

Daftar dan sertai rakan-rakan lain di dalam permainan dan aktiviti yang sememangnya seronok dan gempak!

Dunia Ceria yang penuh keriangan.

Jom pastikan Dunia Ceria kekal riang selama-lamanya dengan Kod Ceria berikut:

Saling bantu-membantu.

Ingat, setiap orang berbeza antara satu sama lain.

Sentiasa positif di setiap waktu, walau ketika susah.

Jujur, adil dan berkelakuan baik setiap masa.

Saling hormat-menghormati.

Bersosial secara selamat, jangan dedahkan identiti sebenar anda.

Semua berikut tidak dibenarkan:

Bersosial secara selamat tanpa mendedahkan atau menanyakan maklumat peribadi seperti nama sebenar, alamat rumah atau sekolah, alamat emel dan juga kata laluan.
Ahli Dunia Ceria haruslah sentiasa saling menghormati, bersopan-santun dan berbudi bahasa antara satu sama lain sebab tak seronoklah membuli atau bertindak kasar.
Permainan lebih seronok bila tiada yang bermain secara tipu. Lagi syok kalau bermain secara bergilir-gilir dan adil!
Nampak sesuatu yang bercanggah dengan Kod Ceria? Ada soalan? Bolehlah hubungi kami!